SELEPAS lebih dua tahun memegang status ibu tunggal, penyanyi era 80-an iaitu Suliza Salam akhirnya kembali bergelar isteri.
Khabar gembira itu dikongsi oleh rakan artis iaitu pelakon Anne Abdullah yang memberitahu Suliza selamat disatukan dengan pilihan hati dikenali sebagai Ismail A. Samad sekitar pukul 11 pagi, Sabtu.
Kata Anne atau Noraini Abdullah, 52, majlis pernikahan itu diadakan di kediaman Suliza di Bukit Kiara Kuala Lumpur dan hanya dihadiri oleh keluarga serta sahabat terdekat.

Suliza (kanan) kini kembali bergelar seorang isteri.






