PELAKON dan penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah meluahkan rasa syukur anak sulungnya iaitu Tallisya selamat melahirkan cahaya mata pertama pada pukul 10 pagi, Jumaat.
Menurut Shahirah atau Shiera, 50, Tallisya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.25 kilogram di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang.
Kata Shiera lagi, Tallisya sepatutnya bersalin pada awal tahun depan namun selepas dinasihati doktor, anaknya perlu menjalani pembedahan secepat mungkin.
Shiera bersyukur Tallisya sudah selamat bersalin di Kuantan, Pahang.