PENYAMPAI radio Era FM, Radin kini sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Nur Amirah Shamsulbahrin dengan sekali lafaz pada malam Jumaat.
Menerusi perkongsian di Instagram radio Era FM, Radin atau Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, 36, tampil segak mengenakan persalinan lengkap baju Melayu berona putih.

Radin (kiri) menyerahkan mas kahwin sebanyak RM15,020.26 kepada Nur Amirah.
Dalam majlis tersebut, Radin menyerahkan mas kahwin sebanyak RM15,020.26 kepada isterinya.





