MULA aktif sebagai penyanyi sejak di bangku sekolah lagi, Syura mendedahkan dia pernah menerima kata-kata kurang baik apabila ada guru yang menyifatkan kerjayanya itu sebagai haram.
Menurut Syura atau Zuraidah Badron, 40, perkara itu memberi kesan mendalam buat dirinya, lebih-lebih lagi apabila bapanya turut dikaitkan terpalit dosa.
“Pernah dikecam masa di sekolah dulu. Cikgu-cikgu persoalkan kenapa saya jadi penyanyi sebab pekerjaan itu adalah haram.

Syura berkongsi pengalaman dipandang serong sebagai penyanyi.





