PENYANYI Syura Badron mengimbau kembali kejadian cemas letupan gas yang menyebabkan suaminya iaitu Muhammad Farizat mengalami melecur teruk pada 25 November lalu.
Cerita Syura atau Zuraidah Badron, 38, semasa kejadian suaminya pergi ke dapur memanaskan bubur untuk anak mereka.
“Kejadian berlaku di rumah inap pada hari Jumaat lepas, pada malam itu memang sudah menjadi rutin saya untuk balik awal sebelum waktu acara itu tamat. Contoh kalau acara tamat pukul 12 malam saya akan balik awal sebab ada bawa anak.
Farizat masih lagi dirawat di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
“Pada malam kejadian, kebiasaan suami akan hantar saya balik ke homestay untuk saya selesaikan keperluan anak-anak dan kebiasaannya dia akan ke tapak acara itu semula. Tapi pada malan itu, dia masuk juga homestay.
“Sepatutnya saya yang kena, sebab saya adalah orang yang masak bubur anak. Saya yang ke dapur, panaskan bubur anak dengan api yang kecil. Lepas itu, saya tinggalkan bubur itu dan pergi ke ruang tamu. Kemudian suami saya pula yang pergi ke dapur untuk mengawal api bubur itu dan masa itulah, terus meletup,” katanya.
Syura berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok pada petang Sabtu.
Menerusi hantaran tersebut, dia dilihat tidak dapat menahan sebak menceritakan kejadian tersebut secara terperinci bagi mengelakkan salah faham orang ramai.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami Syura melecur teruk akibat letupan tong gas, mohon doa diberikan kesembuhan
ARTIKEL BERKAITAN: Beruntungnya Syura ada suami tak lupa tanggungjawab, tengah sakit pun masih fikir nak cari rezeki
Berkongsi lanjut, Syura memberitahu ketika kejadian dia berada di ruangan selamat bersama anaknya namun terdengar jeritan suami meminta bantuan dari dapur.
Terkejut melihat keadaan suaminya, Syura berkata dia hanya membantu membukakan baju yang sudah terbakar namun Farizat dilihat tenang mengawal keadaan.
“Saya dan anak berada di tempat agak terlindung daripada laluan ke dapur tu. Kami memang tak ada apa-apa tapi saya dapat rasakan gegaran rumah dan dengar letupan. Saya dengar suami saya jerit minta tolong.
“Saya hanya mampu tolong bukakan baju dia sebab masa itu baju dia dah terbakar. Subhanallah, dia sangat tenang masa itu dan dia tanya saya seterusnya nak buat apa. Dia sempat lagi tengok muka dekat cermin,” jelasnya.
Saya terpaksa sembunyikan daripada mak mentua sebab takut dia terkejut.
SYURA BADRON
PENYANYI
Syura yang cemas ketika itu segera menghubungi rakan terdekat untuk membawa suaminya ke hospital bagi mendapatkan rawatan, bagaimanapun hanya dirawat keesokkan harinya.
Tidak sanggup melihat suami menanggung kesakitan, Syura membawa Farizat pulang ke Kuala Lumpur selain terpaksa melalui pelbagai dugaan sepanjang perjalanan.
“Saya kemudian hubungi kawan saya dan kami terus bawa suami ke hospital. Sampai di sana, unit kebakaran tak ada di sana. Kena tunggu sehari baru suami dibawa ke Alor Setar dan mendapatkan rawatan.
“Masa itu kulit yang terbakar akan ditanggalkan dan suami saya dapat rasakan setiap kali disiat.
Syura tidak mampu menahan sebak ketika berkongsi keadaan suami.
“Sakit dan peritnya benda itu jadi. Saya ambil keputusan untuk bawa suami balik ke Kuala Lumpur dan saya terpaksa sembunyikan daripada mak mentua sebab takut dia terkejut.
“Hari Ahad saya bawa suami dari Alor Setar ke Kuala Lumpur. Kami ambil masa 7 jam untuk sampai tapi Alhamdulillah suami saya selamat ke wad kecemasan dan mendapatkan rawatan,” kongsinya.
Dalam pada itu, Syura memberitahu dia dan suami sepakat untuk tidak mengambil tindakan terhadap pemilik tempat penginapan mereka.
Jelasnya, pemilik berkenaan menunjukkan usaha baik dengan menunggu suaminya di hospital sepanjang mereka berada di Alor Setar, Kedah.
Baju yang dikenakan Farizat terbakar.
Pada Isnin lalu, Syura memaklumkan Farizat sedang ditahan di hospital kerana melecur di bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan tong gas di tempat penginapan mereka di Perlis.
Untuk rekod, Syura bertemu jodoh dengan Farizat pada 22 Januari 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Umar Eussof yang kini berusia setahun.
Syura sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Fadhly Md Yassin pada 16 April 2006 namun mereka berpisah pada Ogos 2015.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Nurul Dania Irdani, 17, Nurul Qaisara Sofia, 15,dan Muhammad Irfan Aryan, 13 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!