KEHADIRAN ibu sebagai penonton di auditorium memberikan semangat buat penyanyi Hady Mirza melakukan persembahan terbaik di konsert minggu ketujuh All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang berlangsung pada malam Ahad.
Kata Hady atau Muhammad Mirzahady Amir, 43, ibunya Mardiana Ahmad, 67, yang baru sahaja pulih daripada penyakit kanser limfoma yang dihidapi sejak 2021 teruja kerana dapat menyaksikan persembahannya secara langsung pada malam itu.
“Sebelum ini ibu memang agak sukar untuk berjalan jauh kerana masalah kesihatan, jadi kehadirannya pada malam ini (Ahad) sangat bermakna kerana dia sanggup berkorban untuk datang ke Kuala Lumpur.
Hady gembira ibunya kini semakin sihat.