TINDAKAN pelakon Syida Melvin dipercayai berpindah ke kediaman baharu bersama tiga anaknya menarik perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Syida, 29, dilihat menguruskan proses perpindahan dengan membawa beberapa barangan kelengkapan rumah ke kediaman berkenaan.
Malah, ketiga-tiga anaknya turut kelihatan ceria sepanjang proses perpindahan itu, termasuk ketika berkongsi bilik baharu yang sudah dilengkapi rumah patung.

Syida berkongsi keterujaannya bersama anak-anak di kediaman baru.






