PELAKON Syida Melvin mengambil keputusan untuk mendedahkan kemelut rumah tangganya bersama bekas suami iaitu Mohd Syafiq Azim menerusi siaran langsung di media sosial selepas mendakwa sudah buntu dan tidak tahu cara lain untuk menyelesaikan kemelut tersebut.
Menurut Syida, 29, tindakan itu terpaksa diambil kerana dia berada dalam keadaan terdesak untuk kembali tinggal di kediaman berkenaan bersama anak-anak, lebih-lebih lagi sesi persekolahan bakal bermula tidak lama lagi.
“Kalau korang rasa macam… ‘Eh kenapa Syida viralkan ini, tak malu ke?’. Aku dah tak ada idea tau. Anak-anak aku nak sekolah, aku tak ada tempat.







