MESKIPUN berada di majlis penuh glamor, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tetap tidak melepaskan ‘teman setianya’ iaitu buku nota dan pen ketika hadir ke Anugerah Melodi Terhangat 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad.
Sebelum ini Syed Saddiq pernah tular apabila sering dirakam membawa buku nota ke mana-mana termasuk sesi wawancara dan lawatan rasmi.
Menerusi laporan terdahulu, ramai netizen memuji usaha beliau yang dilihat rajin mencatat dan menghargai maklumat.






