SELEPAS Syida Melvin membuka mulut mendedahkan beberapa isu berkait hal rumah tangganya, kali ini pelakon Syatilla pula tampil bersuara mempertahankan adiknya itu.
Syatilla atau Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 35, secara berseloroh memberitahu dia perlu turun padang ‘bergotong-royong’ membela adiknya itu.
Kata Syatilla lagi, Syida berdepan situasi sangat sukar kerana perlu berurusan dengan manusia yang mempunyai masalah narsisistik.

Perkongsian Syatilla di Threads.






