DEMI menjaga imej sebagai seorang Muslimah, penyanyi Syasya Rizal memastikan seluruh pasukan yang bekerja dengannya terdiri daripada wanita.
Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 25, berkata keputusan itu termasuk memilih jurusolek dan penari wanita bagi memastikan dia berasa lebih selesa ketika bekerja.
"Sebelum ini ada yang komen dan anggap jurusolek saya adalah lelaki. Tidak, selepas saya berhijrah, semuanya saya bekerja dengan perempuan.

Syasya teliti dalam menjaga batas.






