MUNCUL semula selepas lebih 15 tahun menyepikan diri, pelakon Syarul Ezani mengakui ada pihak menyangka dirinya merupakan pendatang baharu.
Syarul atau Syarul Ezani Mohamed Ezzudeen, 35, bagaimanapun berasa lega kerana kemunculan semulanya itu tidak dibayangi karakter pernah dilakonkan sebelum ini.
“Bukan sahaja peminat tetapi orang dalam industri pun ada yang ingat saya pelakon baharu. Mungkin mereka tak tahu yang saya pernah berlakon sebelum ini.

Syarul lega dirinya tidak dibayangi karakter sebelum ini.






