SELEPAS sekian lama membawa diri akibat pelbagai masalah peribadi, pengarah Syamsul Yusof akhirnya sudah kembali ke pangkuan keluarga dan kini sedang dalam fasa membina semula semangatnya.
Bapanya Datuk Yusof Haslam mendedahkan kepulangan anaknya itu sebenarnya sudah berlaku sejak beberapa bulan lalu, namun mereka memilih untuk tidak menguar-uarkannya kepada umum.
“Sebenarnya Syamsul sudah balik dan jumpa kami sejak tiga bulan lalu, tapi kami tidak war-warkan. Cumanya raya ini isteri saya ada ambil gambar.

Syamsul kini nampak lebih gembira bersama keluarga.






