TINDAKAN penyanyi Syamel mempromosikan single terbaharunya berjudul Pertama sekali lagi mencuri perhatian apabila satu klip video yang dimuat naik bersama pelakon wanita mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.
Menerusi perkongsian di Threads, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan kandungan video berkenaan yang memaparkan aksi mesra serta gurauan antara Syamel dan Sharmaine Alexander yang juga merupakan finalis Dewi Remaja 2025.
Menurut netizen, cara promosi tersebut dianggap berlebihan dan tidak sensitif, lebih-lebih lagi kerana penyanyi berkenaan sudah bergelar suami dan bapa.

Netizen mohon agar Syamel (kiri) menjaga hati isteri.






