PENYANYI Syamel dan isterinya,Ernie Zakri berkongsi pengalaman manis apabila berpeluang merakamkan muzik video (MV) lagu raya terbaharu mereka berjudul Suasana Raya di Hong Kong.
Menurut Syamel atau Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 33, idea menjalani penggambaran di luar negara bukan sekadar memberi kelainan, sebaliknya mahu memperkenalkan Hong Kong sebagai lokasi percutian mesra Muslim kepada rakyat Malaysia.
"Kami shooting di masjid sekitar kawasan Kowloon. Selain penggambaran babak makan-makan, kami menikmati pelbagai makanan halal yang sedap-sedap di tengah bandaraya Hong Kong

Ernie dan Syamel dedah ini merupakan kali pertama rakam lagu satu keluarga di luar negara.






