ANAK kepada pelakon Allahyarham Dharma Harun, Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, bersyukur dapat memberikan penghormatan terakhir yang cukup bermakna apabila menjadi imam solat jenazah bapanya.
Menurut Syafiq, 36, pengalaman itu merupakan hadiah paling istimewa yang mampu diberikan kepada arwah.
"Allahuakbar, saya boleh katakan ini adalah hadiah terbaik yang boleh saya berikan kepada bapa saya.

Syafiq anggap itu sebagai hadiah terakhir untuk bapanya.






