Hiburan

Syada Amzah kongsi pengalaman mistik, nampak ‘benda’ betul-betul atas kepala… “Tempat itu memang berhantu”

SUSULAN peserta program realiti Talk To My Manager (TTMM) rebah pada malam Ahad, penyanyi Syada Amzah berkongsi pengalaman mistik yang pernah dialaminya di lokasi sama iaitu Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Syada atau Nursyuhada Amir Amzah, 27, mendakwa auditorium tersebut mempunyai aura mistik kerana dia sendiri sering merasakan kehadiran perkara ganjil ketika berada di lokasi itu.

Menurut Syada, dia tidak menganggap kejadian mistik yang berlaku sebagai satu perbuatan khianat, sebaliknya percaya ia adalah situasi luar biasa yang kerap dialami dalam setiap program berlangsung di auditorium berkenaan.

Perkongsian Syada di Threads miliknya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh