PELAKON Sweet Qismina menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dan menjaga tutur kata apabila berbicara mengenai soal zuriat, terutamanya melibatkan pasangan suami isteri yang sedang berikhtiar mendapatkan anak menerusi Trying To Conceive (TTC).
Sweet, 29, berkata isu cahaya mata bukan perkara remeh yang boleh dipandang ringan kerana setiap pasangan melalui ujian serta perjalanan emosi berbeza sebelum dikurniakan rezeki menimang anak.
"Kadang ada yang terlepas cakap dan rasa benda itu remeh, tetapi orang yang mengalaminya tidak rasa perkara itu remeh. Ada yang rasa benda itu tidak sensitif, tetapi orang yang lalui akan rasa sensitif sebab kita tidak berada di tempat mereka.

Sweet mohon orang ramai jaga tutur kata apabila bercakap soal zuriat.






