PENYANYI Wany Hasrita mengakui sentiasa mengutamakan pandangan suaminya sebelum menerima sebarang tawaran lakonan, khususnya jika naskhah itu melibatkan babak romantik.
Menurut Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 34, dia akan berbincang terlebih dahulu dengan suami bagi memastikan mereka berdua selesa dengan watak yang bakal dibawakan.
“Sudah tentu saya akan bertanya. Tapi kadang-kadang tak boleh nak buat apa, cuma apa yang saya boleh lakukan ialah meminimumkan aspek tertentu.







