STESEN radio Suria FM terus mengorak langkah bagi memperluaskan kandungan hiburan tempatan dengan memperkenalkan sebuah program baharu iaitu Panggung Suria.
Projek itu merupakan sebuah persembahan sketsa komedi pentas secara langsung yang bakal mengetengahkan pelbagai kisah serta isu tular yang dekat dengan realiti kehidupan masyarakat.
Mengangkat tema “Komedi Rakyat, Dari Rakyat Untuk Rakyat”, Panggung Suria menjanjikan gabungan elemen komedi, muzikal dan mesej bermakna menerusi penceritaan yang santai serta spontan.

Kesemua penyampai Suria FM terlibat dalam pementasan teater itu.






