PELAKON Niezam Zaidi mengakui memilih untuk menjauhkan diri daripada media sosial setiap kali berdepan kecaman dan kata-kata negatif daripada pengguna internet.
Kata Niezam atau Mohd Niezam Mohd Zaidi, 34, media sosial sepatutnya menjadi penghubung antara dirinya dengan peminat, namun ada waktunya platform berkenaan membuatkan dia memilih untuk menghilang.
"Media sosial menjadi penghubung saya dan kalian, tapi kadang bila tiba masa itu, di mana saya dijadikan bahan serta tempat untuk dicemuh, saya jadi hilang dari radar.

Niezam tidak melatah walaupun sering dikecam netizen.






