HASIL sumbangan orang ramai susulan kisah kesempitan hidup dan masalah kesihatan yang dilalui pelakon veteran, Dharma Harun membolehkan dia bersama dua anaknya terus menetap di rumah sewa di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Anak bongsunya Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, 36, berkata bantuan tersebut digunakan untuk membayar tunggakan sewa serta membuat bayaran awal bagi beberapa bulan akan datang.
"Pada awalnya tuan rumah nak naikkan kadar sewa daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan. Jadi dia risau jika kami tak mampu nak bayar menyebabkan dia minta kami mencari rumah lain.

Kisah Dharma dilaporkan kurang sihat mendapat perhatian ramai.






