SUKAN bola keranjang yang jarang menjadi sebutan dalam kalangan rakyat Malaysia menjadi pencetus idea kepada pengarah Faisal Ishak untuk menghasilkan filem berjudul Padu yang mula ditayangkan sejak Khamis lalu.
Menurut Faizal, kejayaan bola keranjang wanita dalam mengejar emas pada peringkat antarabangsa sering kali dipandang sepi sedangkan ia sepatutnya menjadi kebanggaan buat masyarakat Malaysia.
“Tidak ramai yang tahu pasukan bola keranjang wanita negara sudah meraih banyak pingat emas pada peringkat antarabangsa. Jadi, kami memilih mengangkat cerita ini kerana mereka sudah buat yang terbaik untuk negara.
Filem Padu buat penonton rasa sebak dan bersemangat.