PENYANYI Nabila Razali tidak mahu mengambil pusing dengan isu ‘boikot’ terhadap barisan selebriti yang terlibat sebagai pembawa dulang hantaran pada majlis pernikahan Amira Othman dan Fattah Amin 14 September lalu.
Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 33, berkata, kehadirannya hanyalah untuk meraikan hari bahagia sahabat baiknya itu dan bukan untuk mencari perhatian seperti yang diperkatakan segelintir pihak.
"Isu boikot adalah pendapat masing-masing. Saya berada di situ untuk meraikan hari bahagia sahabat saya Amira yang bertemu pasangan hidupnya.

Nabila hanya mahu meraikan hari bahagia sahabat baiknya.






