ISTERI penyanyi Sufi Rashid iaitu Nurulain Md Yusof selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada pukul 5 petang di sebuah pusat perubatan di Selangor pada Selasa.
Sufi atau Muhammad Sufi Rashid, 33, berkata, bayi perempuan berkenaan dilahirkan secara normal seberat 3.6 kilogram.
Penyanyi kelahiran Singapura itu turut meluahkan rasa teruja dan bersyukur apabila diberi peluang berada di sisi isteri ketika menyambut kelahiran bayi mereka.

Sufi menemani isteri sepanjang proses kelahiran.





