PELAKON Kamal Adli reda apabila terpaksa menyambut ulang tahun perkahwinannya yang keempat tanpa kehadiran isteri, aktres Uqasha Senrose.
Menurut Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, dia sudah lama merancang untuk meraikan tarikh istimewa itu, namun perancangan tersebut tidak dapat direalisasikan tahun ini.
"Hari ini (Rabu) sebenarnya ulang tahun perkahwinan saya yang keempat. Sepatutnya kami raikan bersama tapi tahun ini tak dapat.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
"Saya dah rancang lama, siap ambil cuti tiga hari iaitu semalam, hari ini dan esok. Setiap tahun memang kami raikan, cuma tahun ini berbeza sikit," katanya kepada mStar.

Kamal akur sambut ulang tahun perkahwinan tanpa isteri.
Kamal berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama Bahagia Yang Tertangguh yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada petang Rabu.
Jelas Kamal, meskipun rumah tangganya kini berdepan ujian, dia tetap berpegang pada rancangan asal yang sudah diatur lebih awal bagi meraikan ulang tahun perkahwinan mereka.
Malah, kata pelakon itu, dia tetap meluangkan masa seperti dirancang walaupun terikat dengan jadual kerja yang padat.
"Saya lambat ke sidang media hari ini pun sebab saya baru balik dari tempat yang sudah saya rancang untuk raikan ulang tahun perkahwinan.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Tak seronok langsung sampai ke sini" – Kamal Adli gementar hadir kes cerai, dedah kena ‘block’ dengan Uqasha Senrose
ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli tak simpan dendam, maafkan Uqasha Senrose dalam isu tarikh nikah
"Sibuk macam mana pun saya tahu uruskan masa, perkara itu tiada isu pun. Saya sebenarnya lagi seronok bila bekerja, sebab kalau tak bekerja saya rasa risau. Lagipun, saya bekerja bukan untuk diri sendiri tapi untuk anak dan isteri," ujarnya.
Tambah Kamal, komunikasi antara dia dan Uqasha masih sama seperti sebelum ini dan dia akur untuk melalui setiap prosedur yang telah ditetapkan dalam proses penyelesaian hubungan mereka.
"Masih lagi macam hari itu (disekat), mungkin perempuan merajuk lama. Jadi buat masa ini saya ikut sahaja proses-proses yang sudah ditetapkan," katanya.
Sementara itu, Kamal turut berterima kasih kepada orang ramai yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat dan sokongan terhadapnya dalam usaha menyelamatkan hubungan dia dan isteri.
Setiap tahun memang kami raikan, cuma tahun ini berbeza sikit
KAMAL ADLI
PELAKON
"Saya nak ucap terima kasih juga kepada netizen yang ‘spam’ komen baik-baik di media sosial Uqasha, tapi nampaknya ia tak menjadi.
"Ramai sangat yang beri sokongan, siap ada yang bagi idea cara pujuk dan sebagainya," ujarnya.
Pada 28 Oktober lalu, Kamal menerusi kenyataannya kepada mStar merayu agar orang ramai tidak menulis sebarang komen negatif terhadap Uqasha, sebaliknya meminta agar segala kecaman dan kritikan ditujukan kepada dirinya sahaja.
Aktor itu mengakui masih menyayangi isteri dan anak mereka serta berharap rumah tangga yang dibina dapat diselamatkan.

Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal.
Susulan kenyataan tersebut, ruangan komen di akaun Instagram Uqasha dibanjiri dengan pesanan penuh kasih dan doa daripada netizen yang berharap pasangan itu kembali berdamai.
Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.
Uqasha memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube





