KARIER dan perniagaan Rozita Baharom kembali pulih selepas kes saman fitnah terhadap rakan usahawan yang juga pempengaruh Iddin Syah selesai secara baik pada 19 Mac lalu.
Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta Pot Pet menjelaskan keberkatan bulan Ramadan, kehidupannya semakin tenang selepas kes tersebut berjaya diselesaikan.
“Sebenarnya saya tak boleh nak ulas lanjut tentang isu itu sebab saya menghormati keputusan mahkamah.