PENAMPILAN penyanyi Nadeera ketika tampil melakukan persembahan di 29th Asian Television Award (ATA29) yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada Jumaat lalu menarik perhatian ramai netizen di media sosial.
Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 31, dilihat mendendangkan lagu Nirmala yang dipopularkan oleh penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza pada malam pertama acara berkenaan.
“Ini dia persembahan pertama Nadeera di Asia TV Award dengan lagu Nirmala sebagai wakil dari Malaysia,” tulis syarikat rakaman Roketfuel di Instagram.
Netizen kurang senang lihat penampilan Nadeera menyanyikan lagu Nirmala.