MENYAMBUT ulang tahun perkahwinan yang ke-12, pelakon Rozita Che Wan berkongsi kata-kata manis buat suami tercinta yang juga aktor Zain Saidin.
Melalui pelbagai cabaran sepanjang berumah tangga, Rozita atau mesra disapa Che Ta, 51, berkata suaminya itu adalah lelaki yang cukup setia bersama di sisi.
"Kita sudah berkongsi satu perjalanan yang bukan selalu mudah, tapi sentiasa jujur. Sentiasa tulus, tentang kita berdua, saling menggenggam tangan.

Che Ta dan Zain melalui pelbagai cabaran bersama dalam perkahwinan.






