PENYANYI Syura Badron memaklumkan suaminya iaitu Muhammad Farizat sedang menerima rawatan di hospital kerana melecur di bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan tong gas di tempat penginapan mereka di Perlis baru-baru ini.
Tenang menerima ujian itu, Syura atau Zuraidah Badron, 38, memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan Farizat dan menganggap ada hikmah disebalik dugaan yang berlaku pada keluarganya.
“Dengan berat hati saya ingin memaklumkan suami saya, Farizat dimasukkan ke hospital kerana melecur teruk di bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan gas memasak yang berlaku di tempat penginapan kami di Perlis pada malam Jumaat yang lepas.
Syura memaklumkan suaminya sedang dirawat di hospital.