BEKAS anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya memilih melangsungkan perkahwinan pada usia muda kerana enggan berjauhan dengan suaminya yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Pelakon Rozie Othman, 62, berkata, suami mahu membawa Syasya mengikutnya ke luar negara atau terpaksa melupakan hubungan mereka jika tidak berkahwin.
“Suami Syasya nak sambung belajar dan mahu ikatan mereka sah sebagai suami isteri. Jika diikutkan Syasya masih belum bersedia tapi suaminya kata kalau tidak (mahu berkahwin) nak cari orang lain.







