PELAKON Izara Aishah tampil menjawab kenyataan suami kepada penyanyi Indonesia, Lesti Kejora iaitu Rizky Billar yang mempersoalkan tindakan pengawal peribadi dipercayai daripada pasukan aktres itu yang dikatakan telah menegur anak mereka dengan kasar.
Bersedia mengambil tindakan terhadap individu terbabit sekiranya dakwaan itu benar, Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham, 34, sekali lagi tampil memohon maaf kepada Lesti susulan insiden berkenaan.
"Bodyguard yang mana berani menegur anak kamu begitu? Saya akan ambil tindakan dan memberi amaran kepadanya.







