PELAKON Amyza Aznan memaklumkan suaminya, Khairil Izhar Mohd Nazir, 51, kini berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan di Hospital Kuala Lumpur pada Ahad.
Berita itu disahkan sendiri oleh Amyza, 50, menerusi satu hantaran ringkas di Instastory miliknya, namun dia tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai status kesihatan suaminya.
“Assalamualaikum, suami saya Khairil Izhar berada dalam keadaan kritikal dan telah ditidurkan di Hospital Kuala Lumpur,” tulisnya ringkas.






