SUAMI kepada pelakon Nadia Kesuma tampil memberi penjelasan berhubung spekulasi isterinya itu bertemu seseorang yang tidak dikenali sebelum dilaporkan gagal dikesan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah, pada Khamis.
Menurut Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, istilah ‘I met a stranger’ seperti yang dilaporkan sebelum ini bukanlah merujuk kepada isterinya bertemu dengan individu asing di sana.
Sebaliknya, ia adalah perbualan mereka, di mana Nadia memaklumkan bahawa dia pergi bersama jemaah umrah lain yang tidak dikenali.

Kenyaataan suami Nadia di Facebook.





