TANGGUNGJAWAB sebagai seorang suami dan bapa menjadi inspirasi utama buat penyanyi dan komposer Harith Zazman menghasilkan lagu terbaharu berjudul Sempurna.
Menurut Harith, 32, kehidupan selepas berkahwin membuka ruang untuk dia memahami makna sebenar kesempurnaan dalam sesebuah hubungan selepas melalui perbezaan bersama isteri.
"Selepas berkahwin, saya sedar banyak perbezaan antara saya dan isteri. Kami datang daripada latar belakang berbeza dan kadang-kadang mempunyai pandangan yang bertentangan tentang sesuatu perkara.

Harith (kiri) dan Yonnyboii didedikasikan Sempurna buat isteri serta anak.






