STATUS hubungan penyanyi rap Bunga Isme menjadi tanda tanya peminat apabila dia dilihat mengenakan pakaian sedondon dan beraya bersama vokalis kumpulan Razqa iaitu Amzar Sabri meraikan 1 Syawal lalu.
Foto mesra dikongsi Amzar di akaun Instagram itu turut mengundang pertanyaan ramai sehingga ada yang membuat andaian mereka kini sudah sah bergelar suami isteri.
Menjawab mengenai persoalan itu, Bunga atau Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 24, berkata dia akan berkongsi mengenai perkara tersebut dalam masa terdekat.

Amzar dan Bunga terima pelbagai ucapan tahniah.




