SELEPAS lima tahun bercerai, pelakon Jue Aziz kembali bertemu jodoh dengan jejaka pilihannya dikenali sebagai Ridwan.
Pasangan ini melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos lalu di Masjid Abu Al-Darda, Nilai, Negeri Sembilan yang hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat.
Meluahkan rasa syukur atas perkahwinan itu, Jue atau Zuliana Abdul Aziz, 40, memberitahu dia dan suaminya itu sudah lama mengenali di antara satu sama lain sebelum memutuskan untuk berkahwin.

Jue sah bergelar isteri kepada Ridwan.






