PENYANYI Kaka Azraff nekad bangkit membina semula kerjaya seni selepas melalui episod penceraian demi mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak sebagai ibu tunggal.
Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 36, berkata sebelum ini dia tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya terhadap bidang nyanyian kerana mengutamakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.
“Sekarang ini saya penuh dengan harapan sebab baru nak mulakan kerjaya semula sepenuh masa.







