TINDAKAN pelakon Shima Anuar berkongsi foto bercium dengan suaminya iaitu Solih Toha di Instagram mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Pelakon filem 7 Petala Cinta itu berkucupan mesra di sebalik dinding yang tertera tulisan ‘kiss here’ (cium di sini) dipercayai ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-33.
Ramai berpendapat walaupun pasangan itu adalah suami isteri yang sah namun bagi menghormati bulan Ramadan, Shima tidak sepatutnya memuat naik foto tersebut untuk tatapan umum.

Netizen kurang senang dengan tindakan Shima memuat naik foto bercium di Instagram.






