MUNCUL lagu baharu berjudul ‘Menyala’, penyanyi Stacy Anam berkata karya itu tiada kaitan dengan isu penarikan dirinya dalam konsert ‘A Night With Sumandak Star’ pada 30 November lalu.
Menyuntik elemen etnik Sabah dalam lagu berkenaan, Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam, 34, berkata karya ciptaannya itu sudah lama dihasilkan dan tiada kena mengena dengan mana-mana pihak.
“Sebenarnya lagu itu sudah lama dibuat iaitu selepas selesai menjayakan porgram The Hardest Singing Show sekitar Julai lalu.

Stacy lancar lagu baharu berjudul ‘Menyala’.






