SEBAGAI seorang anak seni yang sudah berpengalaman dalam industri, penyanyi Stacy menasihati kumpulan SMDX agar lebih berhati-hati apabila menjawab sebarang persoalan tanpa perlu mencetuskan kontroversi.
Dalam hal ini, Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam, 34, berkata setiap artis juga perlu lebih peka dan sentiasa bersedia dengan jawapan lebih baik apabila berdepan dengan peminat.
“Datang dalam industri ini, kena bersedia dengan semua soalan. Berhati-hati dalam setiap kita buat baik dari segi perbuatan atau percakapan.
Stacy mengingatkan mereka untuk sentiasa peka dengan soalan ditanya.