SELEPAS tular video memakai busana perkahwinan, penyanyi Siti Nordiana akhirnya tampil menjawab spekulasi kononnya bakal kembali mendirikan rumah tangga.
Menafikan hal tersebut kata Siti Nordiana Alias atau mesra disapa Nana, 40, ia hanyalah sekadar promosi untuk konsert solo yang bakal berlangsung pada 11 Mei nanti.
“Saya anggap ini sebagai majlis perkahwinan bersama peminat. Selama 25 tahun mereka menantikan konsert solo saya.

Siti Nordiana bakal mengadakan konsert solo pertamanya pada 11 Mei depan.





