SELEPAS berkongsi ciri-ciri calon suami yang diidamkan, kali ini pelakon Sophia Albarakbah mendedahkan pula mengenai pengalaman dicurangi oleh bekas kekasih.
Menerusi Instastory, Sophia, 30, memberitahu dia pernah berdepan fasa dicurangi oleh teman lelaki dalam hubungan percintaan sebelum ini.
Sophia berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory.
“Oh ya, bekas teman lelaki saya pernah curang sebelum ini,” katanya menjawab pertanyaan salah seorang pengikut di Instagram.