PELAKON Sophia Albarakbah bersyukur apabila kualiti lakonannya bertambah baik dan menerima pujian daripada peminat sejak kebelakangan ini.
Teruja dengan pujian tersebut, Sophia, 33, menjadikan segala komen positif sebagai pembakar semangat untuk terus memberikan hasil kerja terbaik.
Malah dia berharap selepas ini lebih dikenali menerusi bakat dan kualiti lakonan berbanding kisah-kisah peribadi.

Sophia mahu hasilkan karya lebih berkualiti selepas ini.






