PELAKON Sophia Albarakbah lega selepas membuat laporan polis berhubung dakwaan menjadi mangsa buli siber dan gangguan seksual di media sosial.
Sophia atau Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 32, berkata, minggu depan dia diminta untuk hadir ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memberikan keterangan berhubung kes tersebut.
"Selepas buat laporan polis tempoh hari, minggu depan saya akan ke pejabat SKMM untuk beri kenyataan di sana. Sekarang barulah ada rasa lega sedikit.

Sophia berasa lega selepas membuat laporan polis.






