Hiburan

Songket hijau raih pujian ramai, pereka fesyen dedah 10 orang berhempas pulas siapkan busana Siti Nurhaliza

KONSERT Legacy 30 di Stadium Nasional Bukit Jalil bukan sekadar meraikan 30 tahun perjalanan seni Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, namun turut menjadi detik bersejarah buat jenama fesyen, Bianca Bella apabila busana songket rekaan mereka dipilih untuk segmen penutup konsert yang dihadiri lebih 65,000 penonton itu.

Menurut pengasas bersama Bianca Bella, Muhamad Amirul Safwan Nor Don, segalanya bermula apabila pihaknya dihubungi pengurus Siti, Rozi Abdul Razak untuk menyiapkan busana dengan material songket berwarna hijau.

Rekaan itu diinspirasikan daripada pakaian tradisi Puteri Perak dan digabungkan dengan elemen glamor ala ‘Miss World’.

Rekaan songket Bianca Bella dipilih sebagai busana penutup konsert Siti.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh