Hiburan

Slam & Exists bergabung lagi demi peminat, himpun lagu-lagu hits dalam konsert mega

DUA kugiran legenda tanah air, Slam dan Exists bakal kembali bergabung di atas satu pentas menerusi konsert berskala mega, Slam x Exists: The Greatest Hits yang dijadualkan berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 1 Mei 2027.

Berbeza dengan penganjuran sebelum ini, edisi terbaharu ini menjanjikan persembahan luar biasa yang memfokuskan sepenuhnya kepada deretan lagu ikonik dan malar segar mereka.

Pengasas SS Karya Entertainment merangkap pemain gitar Slam, Shah Nizam berkata, idea penganjuran konsert berkenaan tercetus hasil perbincangan bersama penganjur iaitu Icon Entertainment bagi mengubati kerinduan peminat terhadap karya-karya agung mereka.

Anggota kumpulan Slam dan Exists bergabung lagi demi peminat.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh