SYARIKAT produksi Skop Productions Sdn Bhd tampil menghulurkan sumbangan sebanyak RM380,000 susulan pelbagai bencana yang melanda negara.
Pengarah Urusannya, Datuk Yusof Haslam berkata, hasrat untuk berkongsi rezeki itu sudah lama disimpan, terutama selepas beberapa filem terbitan syarikatnya meraih sambutan memberangsangkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
"Ini memang nawaitu saya, terutama semasa tayangan filem Blood Brothers pada April lalu.
Yusof simpati dengan mangsa bencana.






