BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui berdepan tekanan dalam usaha mencari lagu hit atau killer song untuk artis di bawah syarikat pengurusannya, SN Legacy Sdn Bhd iaitu Ummi Umairah.
Siti, 46, berkata, beliau bagaimanapun bersyukur kerana mempunyai pasukan yang diketuai pengurusnya, Rozi Abdul Razak serta rakan-rakan komposer yang arif menilai corak vokal anak saudaranya itu.
"Betul, setiap kali saya mahu hasilkan album dan masuk studio untuk rakaman, kami memang mencari lagu yang boleh jadi ‘killer song’. Sama jugalah tekanan untuk Umairah.

Siti dalam usaha mencari lagu terbaik untuk kerjaya Umairah.






