BIDUANITA negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak menyangka apabila namanya direkodkan oleh SeaAsia Stats sebagai Legenda Muzik Asia Tenggara pada Sabtu.
Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 46, berkata dia terkejut menerima pengiktirafan tersebut namun bersyukur atas penghargaan diberikan.
"Alhamdulillah, terima kasih saya pun tak fikir fasal ini kerana sibuk dengan aktiviti dan kerja yang perlu diselesaikan.

Siti turut tersenarai dengan beberapa artis luar negara.






